Salam,
Akhirnya selesai juga hari kesibukkan saya. Selama 2 minggu ini saya memang penat. Setiap hari saya terpaksa turun ke padang sekolah. Pulak tu, padang punyalah berlecak dan benyek. Habislah kasut saya... macam turun di sawah padi.Bukannya saya masuk apa2 acara pun... Saya memang tak berbakat pun.. Masuk acara lompat katak je lahh...hehehe..Selepas tamat waktu sekolah pula, saya terus ke kelas tuisyen. Sebab itu saya penat sangat. Saya mahu update blog saya ini, tapi ibu tidak membenarkan saya. Ibu suruh saya tidur awal setiap hari.
Semalam, hari Sabtu.. Acara kemuncak Sukan tahunan pun di adakan. Saya cuma menyertai acara perbarisan. Saya mewakili perbarisan untuk pasukan rumah saya. rumah Kuning ialah Ali.Pasukan Biru ialah omar.Pasukan Hijau ialah Osman dan merah ialah Abu Bakar. Kami ada lagu semangat untuk pasukan Kuning. Saya suka bersorak dengan lagu ini bersama2 kawan-kawan yang lain. Lagunya ialah seperti ini ...
"Dimana dia anak gajah Dini?
Anak Gajah Dini yang baru punya gading,
Siapa dia juara kali ini?
juara kali ini yang pakai baju kuning.. HOIIII!!!!! "
Setiap hari kena mesti kena pakai baju kuning ni... Itu adik saya Iyan yang comel. Kalau kena pegang dia happy je..hehehe
Hehehe...seronok tau. kita bersorak ramai-ramai. Oklah itu saja cerita saya untuk kali ini. Jumpa lagi!!!
No comments:
Post a Comment