Showing posts with label Diriku. Show all posts
Showing posts with label Diriku. Show all posts

post baru saya!!!



Assalamualaikum..


Lama saya tak update blog kesayangan saya ni. Saya sebuk sejak akhir-akhir ni.Banyak sangat perkara yang berlaku pada saya dan keluarga.Kadang-kadang saya malas nak update blog ni.Tak tahu nak cerita apa di sini. Ramai yang dah tanya bila nak update blog. J


Ramai yang dah tahu ayah yang sangat saya sayangi baru saja meninggal dunia. Dia meninggalkan kami selama-lamanya.Saya sangat sedih, adik-adik sedih, ibu pun sedih. Saya rasa macam arwah ayah masih bekerja kat Arab je.. Tapi sekarang dah tak boleh skype.Kalau dulu hari2 skype dgn ayah.Seronok tau!! ibu selalu nasihatkan saya supaya redha dan terima kehendak Allah. Sekarang baru saya faham apa makna redha.


Adik saya Iman atau nama penuhnya Abdurrahman Sudais belum faham betul-betul. Kadang-kadang dia selalu tanya pada ibu bila ayah nak keluar.Hari tu masa hujan kat sini dia risau ayah pun basah kena hujan. Ibu selalu nasihatkan dia. Macam-macam ibu cakap pada Iman. Aritu Iman demam.Tapi sekarang dah ok.


Walaupun saya dan adik-adik rindu pada arwah ayah.Kami akan mendoakan arwah ayah. Pada waktu cuti ibu mengajak kami balik ke kampung tok mak untuk menziarahi kubur ayah. Ibu cakap tak payah taburkan bunga di atas kubur ayah sebab tu bukan amalan orang islam. Saya ikut jer apa kata ibu.


Ini,saya nak tujukan pada ibu...


Ibu janganlah bersedih lagi.Kadang-kadang akak ternampak ibu sedih dan menangis. Akak dan adik-adik kan ada...Ramai yang cakap ibu kuat dan sabar. Akak pun nak jadi macam ibu.Ibu baik sangat.InsyaAllah, akak akan tolong ibu selalu dan belajar rajin-rajin.

Kenali saya...

Assalamualaikum..

Selamat Datang ke blog saya ini. Dengan bantuan ibu maka terbinalah blog saya ini.Saya berasa gembira kerana ibu membenarkan saya membuat blog ini.tujuan saya adalah untuk berkongsi maklumat bersama kengkawan semua. Saya namakan blog ini "Hidupku Seceria Pelangi Indah" kerana... saya sukakan keindahan pelangi. Warna-warni seumpama kehidupan saya bersama keluarga.. Yang penting saya happy!

Saya nak memperkenal kan diri saya dengan lebih lanjut pada post saya yang pertama ini..

Nama saya Yasmin Nurzayan binti Jais.Saya berumur 11 tahun.Saya dilahirkan pada 18 Mei 1998.Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz Taman Mawar. Saya ada 4 orang adik. kesemuanya lelaki..Alamak nampaknya saya asik kena buli jer lah...walaupun saya anak yg pertama.

Oklah itu aje..ini baru permulaan.. Jumpa lagi di lain kali yer...

Wassalam

my name