Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Bertemu dan Perpisahan

Pada 10/11 2009 yang lalu,kami kelas 5 Al-Bukhari telah mengadakan jamuan akhir tahun.Guru kelas saya ialah Ustaz Hafis.Dia seorang yang cool,sporting dan tegas.Walaupun begitu,saya berasa seronok pada hari jamuan tersebut
Masing-masing di suruh membawa hadiah.Kami bertukar-tukar hadiah.Saya membawa 2 jenis hadiah.So,saya dapatlah membawa pulang 2 jenis hadiah
jugak.Best kan?
Saya mendapat sebuah mug yang comel dan frame gambar yang cantik.Oklah tu...
Hai...nampaknya dah nak habis sessi persekolahan .Cuti akhir tahun pun dah nak mula.Boringlah...mesti kena duduk kat taska (macam budak kecik jek...hihihi )Tapi kat taska ramai juga kawan-kawan.Bolehla...
Kawan-kawan...INSYAALLAH kita jumpa lagi di kelas yang sama tahun hadapan.Rindu-rindulah sekejap yer...Nasib baik ibu tak pindahkan saya ke sekolah lain.Terima kasih pada Ustaz Khair yang baik hati kerana mengurangkan yuran sekolah saya dan adik saya.Susah payah ibu pergi ke sekolah saya dan berbincang dengan Ustaz Khir.TQ ibu...
Pada Jumaat ni iaitu 20/11 saya dan kawan -kawan kelas 5A akan pergi ke Star hill resort di Kempas.Alaa...balik hari jer...K lain kali saya cerita pasal rombongan ke Starr hill resort pulak ye.Terima kasih kepada Ustaz Hafis yang sungguh-sungguh merancang rombongan ini.
Kawan2 bolehlah layan gambar2 kita yg kat atas semasa jamuan aritu..
Jumpa lain kali!!!
Wassalam.

Rombongan Ke Hutan Bandar dan Zoo


Assalamualaikum...
Jumpa lagi di entry saya kali ini....
Walaupun aktiviti saya ini dah lama berlalu dan dah basi pun... Tapi saya nak ceritakan juga di entry saya ini.Ye lah... takde idea lah tu namanya..hehehe..
OKlah kawan2 pada bulan lepas,saya dan rakan-rakan pergi rombongan di hutan bandar dan Zoo Johor.Pada mulanya,saya bertolak dari sekolah ke hutan bandar pada pukul lapan pagi dengan menaiki bas.Yahoo..bestnyer..Jom kita pergi hutan bandar!!

Sampai nya di Hutan Bandar, saya teringat ibu pernah bagitahu saya yang ibu pernah bawa saya ke sini. Masa tu..saya kecil lagi..manalah nak ingat.Di sana terdapat taman permainan dan kolam renang.Tetapi kolam itu ditutup pada hari itu mungkin kerja pembaikan sedang dijalankan.Jadi, kami hanya bermain di taman permainan sahaja.Tak banyak pun gambar-gambar yang saya ambil.Takde cameragirl yang terer lah..
Lepas itu, kami pun pergi ke Zoo Negeri. Saya dah banyak kali ke sini dengan ayah dan ibu. Tapi pergi dengan kawan2 seronoknya lain sikit..kan..kan..Tapi masa tu saya ingat pesan ibu supaya berhati-hati dan jangan terlalu seronok sangat.
Untuk makan tengahari dan solat zuhur, kami pergi ke Mesjid Sultan Abu Bakar. Saya teringat semasa bersama ayah.. mesti ayah singgah ke mesjid ini untuk solat di sini.

Kami sampai ke Pasir Gudang pada pukul 3ptg.Sekejap je kan.. Tapi menarik juga.
Oleh kerana cerita ni dah lama...so layan je lah gamba2 saya dan kawan2 saya di bawah ini...


Haa ini lah kawan saya....Namanya Amieratul Hannani bersama adiknya.

Ini pula kawan baik saya juga namanya Nur Arfa.Sebab ada dialah rombongan ni jadi seronok!!



Ini tengah beratur nak ambil makanan

Antara gambar2 yg sempat saya ambil di Zoo Negeri Johor





aik!! kucing pun ada lah...hihi

Wassalam...

Kem motiv@si

Assalamualaikum...
Jumpa lagi di entry saya kali ini....

Pada cuti penggal yg pertama minggu lepas, saya telah mengikuti kem motivasi. Kem ini diadakan di sekolah saya iaitu Sekolah Rendah Islam At-tahfiz. Saya happy sangat sebab ibu membenarkan saya menyertai kem ini.

Oklah... sebenarnya saya tak ada masa sangat untuk update blog saya ini. Cuma setiap hari Sabtu dan Ahad saja ibu bagi saya mengadap komputer ni.

Jom kita sama2 ikuti pengalaman saya di kem motivasi!!!!!

Hari pertama : Jumaat (20/03/2009)

Pendaftaran bermula pada pukul 230 petang. Ibu menghantar saya. Banyak juga barang yang perlu dibawa. Salah satunya toto...hehehe.. ye lah kan.. org perempuan mestilah banyak baju kena bawa.

> Ada ceramah motivasi pada petang itu juga. Penceramah itu kama panggil Ayah Teh,Abg Long dan Abg Ngah. Sungguh berkesan dan bermakna ceramah yang diberi. Saya sampai menangis tau kawan-kawan...hehehe..

>Kami makan dulu sebelum kami semua bersiap-siap.Kemas diri.Selepas itu maghrib berjemaah.

>Pastu....waktu malam ceramah lagi.. aduhai...masuk ke dalam hati tau kawan2..nangis lagi...hai...asik nangis jerr... hehehe..

>ni waktu favourite saya...makan... tapi masa tu saya sakit perut. Ibu cakap saya ni ada gastrik.. ye ker??? emmm...entahlerr..

>malam sepatutnya tidur pukul 11... tapi saya tidur pukul 1 pagi..ye lah...saya tak biasa tidur dalam suasana bising..ada yang berbual lah..ada yang berguraulah...kalau kat rumah ni dah mimpi indah dah...hehehe...


Hari kedua: Sabtu (21/03/2009)


>Pukul 530 pagi,Bangun untuk solat subuh.

>Selepas kemas diri ada aktiviti bersenam. Dia panggil aktiviti ni "Chicken Dance". Seronok tau kawan2...ape lagi ek???haaaa main belon yang diisi air kemudian letupkan belon itu diatas kepala.habis lerrr basah baju saya...

>Bersiap-siap.makan tengahari.zohor berjemaah.ada ceramah motivasi lagi...kali ini kami berada di dalam musollah.Ceramah ni biasalah....nangis lagi.

>Ramai ibu bapa yang datang.Sebab Ada program untuk ibu bapa juga.Selepas itu,pukul 3:30 kami disuruh bersama-sama ibu bapa...mase tu kan saya tengok ibu saya tengah menangis.Kami disuruh,untuk meminta maaf...dari pada ibu bapa....Sungguh sebak hati saya mase tu...

>pukul 4:00 petang kem motivasi ini pun berakhir...Mase tu hujan turun dengan lebat sekali.Agaknya tadi ramai sangat yang menagis.hehehehe

Walau pun saya berasa amat penat dan mengantuk,saya berasa bertuah kerana dapat ikut kem ini.Banyak pengajaran yang saya dapat. InsyaAllah akan saya jadikan panduan dalam hidup saya. Saya berjanji pada ayah dan ibu untuk cuba buat yang terbaik yang saya mampu buat. Doakan saya. Walaupun tahun ini bukan tahun UPSR buat saya. Tapi saya akan buat sesuatu untuk membalas jasa mereka....InsyaAllah..

Oklah tak banyak gambar yg saya ada..ni pun ibu yang amik masa ibu datang.....layan jelah apa yang ada kat bawah ni...









Sekianlah saja...Wassalam.

my name