Bertemu dan Perpisahan

Pada 10/11 2009 yang lalu,kami kelas 5 Al-Bukhari telah mengadakan jamuan akhir tahun.Guru kelas saya ialah Ustaz Hafis.Dia seorang yang cool,sporting dan tegas.Walaupun begitu,saya berasa seronok pada hari jamuan tersebut
Masing-masing di suruh membawa hadiah.Kami bertukar-tukar hadiah.Saya membawa 2 jenis hadiah.So,saya dapatlah membawa pulang 2 jenis hadiah
jugak.Best kan?
Saya mendapat sebuah mug yang comel dan frame gambar yang cantik.Oklah tu...
Hai...nampaknya dah nak habis sessi persekolahan .Cuti akhir tahun pun dah nak mula.Boringlah...mesti kena duduk kat taska (macam budak kecik jek...hihihi )Tapi kat taska ramai juga kawan-kawan.Bolehla...
Kawan-kawan...INSYAALLAH kita jumpa lagi di kelas yang sama tahun hadapan.Rindu-rindulah sekejap yer...Nasib baik ibu tak pindahkan saya ke sekolah lain.Terima kasih pada Ustaz Khair yang baik hati kerana mengurangkan yuran sekolah saya dan adik saya.Susah payah ibu pergi ke sekolah saya dan berbincang dengan Ustaz Khir.TQ ibu...
Pada Jumaat ni iaitu 20/11 saya dan kawan -kawan kelas 5A akan pergi ke Star hill resort di Kempas.Alaa...balik hari jer...K lain kali saya cerita pasal rombongan ke Starr hill resort pulak ye.Terima kasih kepada Ustaz Hafis yang sungguh-sungguh merancang rombongan ini.
Kawan2 bolehlah layan gambar2 kita yg kat atas semasa jamuan aritu..
Jumpa lain kali!!!
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

my name