HaPpY BiRthDaY..AyaH!!


Salam.

20 February. Hari ini birthday ayah. Nama ayah saya Jais bin Mohd Deros. Sekarang ni ayah saya bekerja di Yanbu, Arab. Kesian ayah saya kena menyambut birthday dia kat sana. alaaa... tak dapatlah saya dan adik2 celebrate dan makan kek bersama-sama ayah.emmm...

Saya selalu rindu pada ayah saya.Tapi tak pe...saya, adik2 dan ibu selalu chatting dengan ayah saya. Kami guna Skype atau YM.selalunya kami nampak muka ayah sangat terang dan jelas. Ayah hensem..hehehe.. (ayah selalu cakap dia hensem...ayah tu perasan, ibu selalu cakap macam tu..hehe..) Kami dapat berbual dengan ayah dengan jelas juga. ok lah tu...
Oklah, akhir sekali saya dan adik-adik nak ucap Selamat HAri Lahir untuk ayah saya yang tersayang.Semoga panjang umur dan murah rezeki. Kami sayang sangat pada ayah!!



Oh ye, semalam petang kami ada belikan ayah present. Tapi ibu cakap tak sempat nak kirim kawan ayah. Ibu sedih dan saya pun sedih jugak. Nampaknya ayah dapat present tu lambatlah..

Ok ayah...babai!! Wassalam.

Pantun teka-teki.

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.


Ada satu benda,
Mengeluarkan hiburan dan berita;
Ada di pekan ada di desa,
Kalau tahu cuba teka.


Dia sangat berharga,
Kepada siap manusia di dunia;
Ada logam kertas pun ada ada,
Kalau banyak kita kaya.


Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.


Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan:bintang,radio,baju hujan,anai-anai.

Sekolahku

Assalamualaikum...



Saya ingin bercerita tentang sekolah saya. Tempat dimana saya menimba ilmu.

Setiap hari saya masuk ke sekolah pada pukul 7:45 pagi.Sebelum masuk ke kelas saya dan rakan-rakan berhimpun di tapak perhimpunan.Selepas berhimpun,saya dan para pelajar lain masuk ke kelas masing-masing.Saya duduk di sebelah rakan saya yang bernama Haziqah.Dia seorang yang baik dan suka bergurau.Guru kelas saya bernama Ustaz Hafiz.


Di sekolah, saya ada seorang kawan.Namanya Nur Arfa.Dulu semasa saya ditahun 1 hingga tahun 3 kami belajar dikelas yang sama. Tahun 4 saya terpisah dengannya.dia kelas lain saya kelas lain.Tahun ini, saya sempat sekelas dengannya semula.Saya amat gembira.Malangnya itu untuk beberapa minggu sahaja. Kami dipisahkan dikelas yang berlainan semula.


Murid di kelas saya seramai 17 orang sahaja.Baguslah tu sebab peluang untuk dekat dengan guru lebih mudah ketika belajar.


Selepas waktu persekolahan,saya terus pergi ke kelas tuisyen.Sebanyak 4 subjek pelajaran saya ambil.Ibu mengharapkan saya berjaya dalam pelajaran.Saya ikut aje lah kata ibu.Saya akan buat yang terbaik untuk ayah dan ibu....insyaALLAH.....


Sekian,wassalam.

Kenali saya...

Assalamualaikum..

Selamat Datang ke blog saya ini. Dengan bantuan ibu maka terbinalah blog saya ini.Saya berasa gembira kerana ibu membenarkan saya membuat blog ini.tujuan saya adalah untuk berkongsi maklumat bersama kengkawan semua. Saya namakan blog ini "Hidupku Seceria Pelangi Indah" kerana... saya sukakan keindahan pelangi. Warna-warni seumpama kehidupan saya bersama keluarga.. Yang penting saya happy!

Saya nak memperkenal kan diri saya dengan lebih lanjut pada post saya yang pertama ini..

Nama saya Yasmin Nurzayan binti Jais.Saya berumur 11 tahun.Saya dilahirkan pada 18 Mei 1998.Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz Taman Mawar. Saya ada 4 orang adik. kesemuanya lelaki..Alamak nampaknya saya asik kena buli jer lah...walaupun saya anak yg pertama.

Oklah itu aje..ini baru permulaan.. Jumpa lagi di lain kali yer...

Wassalam