Sekolahku

Assalamualaikum...



Saya ingin bercerita tentang sekolah saya. Tempat dimana saya menimba ilmu.

Setiap hari saya masuk ke sekolah pada pukul 7:45 pagi.Sebelum masuk ke kelas saya dan rakan-rakan berhimpun di tapak perhimpunan.Selepas berhimpun,saya dan para pelajar lain masuk ke kelas masing-masing.Saya duduk di sebelah rakan saya yang bernama Haziqah.Dia seorang yang baik dan suka bergurau.Guru kelas saya bernama Ustaz Hafiz.


Di sekolah, saya ada seorang kawan.Namanya Nur Arfa.Dulu semasa saya ditahun 1 hingga tahun 3 kami belajar dikelas yang sama. Tahun 4 saya terpisah dengannya.dia kelas lain saya kelas lain.Tahun ini, saya sempat sekelas dengannya semula.Saya amat gembira.Malangnya itu untuk beberapa minggu sahaja. Kami dipisahkan dikelas yang berlainan semula.


Murid di kelas saya seramai 17 orang sahaja.Baguslah tu sebab peluang untuk dekat dengan guru lebih mudah ketika belajar.


Selepas waktu persekolahan,saya terus pergi ke kelas tuisyen.Sebanyak 4 subjek pelajaran saya ambil.Ibu mengharapkan saya berjaya dalam pelajaran.Saya ikut aje lah kata ibu.Saya akan buat yang terbaik untuk ayah dan ibu....insyaALLAH.....


Sekian,wassalam.

No comments:

Post a Comment

my name