Showing posts with label Teka-teki. Show all posts
Showing posts with label Teka-teki. Show all posts

Teka-teki

1. Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia aper??

2. Mengapa siput babi bila berjalan berhenti-henti??

3. Buah apa yang dalamnya askar dan luarnya bomba

4. Mangkuk apa kalau isi air takkan penuh-penuh??

6. Apa bendanya yang apabila kita tarik, ia makin lama makin tinggi??

7. Dalam banyak2 benda, benda apa yang bila kita beli hari tu jugak expired??

8. Pakai baju putih bukan doktor, pakai topi kuning bukan jurutera, ada ekor bukan binatang??

9. Apakah benda yang berkaitan dengan itik, tapi tak bernama itik??

10. Binatang apa yang ada kaki, tapi malas berjalan

11. Ada 3 ekor ulat jalan berbaris, ulat didepan berkata, "dibelakangku ada dua ulat!". Ulat yg dibelakang berkata, "didepanku ada 2 ulat!". Tapi kenapa ulat yg ditengah berkata "di depanku ada 2 ulat!"????




JAWAPANNYA!!!

1.Jawapan lain salah laa

2. Kerana ia memikirkan samada dirinya siput atau babi...

3. Buah tembikai

4. Mangkuk tandas

5. Papan gelongsor

6. Bendera

7. Suratkhabar

8. Taugeh!

9. Telur masin

10. Katak

11. Sebab ulat ditengah sedang berbohong

Pantun Teka-teki

Tidak mempunyai adat dan sopan,
Milik orang selalu di makannya
Di benci oleh setiap insan,
Kerana membawa penyakit bahaya.


Warnanya putih bentuknya panjang,
Tulang di makan isi di buang;
Sangat berguna kepada orang,
Cuba teka wahai abang


Dua puluh enam berkawan setia,
Kecil ada besar pun ada;
Tidak pandai berkata-kata,
Kalau disusun mempunyai makna


Lebat sungguh buah kuini,
Dipungut oleh puan Zabedah;
Cubalah teka haiwan ini,
Duduk tinggi berdiri rendah


Burung ini burung raksasa,
Boleh dibawa mengelilingi dunia;
Kalau terbang mengeluarkan suara,
Kalau hinggap di tanah rata

Jawapan:lalat,lilin,huruf,anjing,kapal terbang.

Pantun teka-teki.

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.


Ada satu benda,
Mengeluarkan hiburan dan berita;
Ada di pekan ada di desa,
Kalau tahu cuba teka.


Dia sangat berharga,
Kepada siap manusia di dunia;
Ada logam kertas pun ada ada,
Kalau banyak kita kaya.


Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.


Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan:bintang,radio,baju hujan,anai-anai.

my name