Pantun Teka-teki

Tidak mempunyai adat dan sopan,
Milik orang selalu di makannya
Di benci oleh setiap insan,
Kerana membawa penyakit bahaya.


Warnanya putih bentuknya panjang,
Tulang di makan isi di buang;
Sangat berguna kepada orang,
Cuba teka wahai abang


Dua puluh enam berkawan setia,
Kecil ada besar pun ada;
Tidak pandai berkata-kata,
Kalau disusun mempunyai makna


Lebat sungguh buah kuini,
Dipungut oleh puan Zabedah;
Cubalah teka haiwan ini,
Duduk tinggi berdiri rendah


Burung ini burung raksasa,
Boleh dibawa mengelilingi dunia;
Kalau terbang mengeluarkan suara,
Kalau hinggap di tanah rata

Jawapan:lalat,lilin,huruf,anjing,kapal terbang.

No comments:

Post a Comment

my name