Kenali saya...

Assalamualaikum..

Selamat Datang ke blog saya ini. Dengan bantuan ibu maka terbinalah blog saya ini.Saya berasa gembira kerana ibu membenarkan saya membuat blog ini.tujuan saya adalah untuk berkongsi maklumat bersama kengkawan semua. Saya namakan blog ini "Hidupku Seceria Pelangi Indah" kerana... saya sukakan keindahan pelangi. Warna-warni seumpama kehidupan saya bersama keluarga.. Yang penting saya happy!

Saya nak memperkenal kan diri saya dengan lebih lanjut pada post saya yang pertama ini..

Nama saya Yasmin Nurzayan binti Jais.Saya berumur 11 tahun.Saya dilahirkan pada 18 Mei 1998.Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz Taman Mawar. Saya ada 4 orang adik. kesemuanya lelaki..Alamak nampaknya saya asik kena buli jer lah...walaupun saya anak yg pertama.

Oklah itu aje..ini baru permulaan.. Jumpa lagi di lain kali yer...

Wassalam

1 comment: