Sarang Buaya Lagi..~lupa nak cerita~

Salam..
Hehehe..Kawan2 jangan pelik sebab saya nak sambung cerita pasal sarang buaya. Saya terlupa sesuatu. Ibu saya suruh saya tambah sikit lagi pasal tempat itu.Lagipun uncle Arjuna ada bertanya. Terima kasih pada uncle Arjuna (kawan ayah saya) sebab singgah blog saya ini.
Kawan2 pernah ke Tanjung Langsat tak? Haaa... kalau sampai hujung mesti jumpa Pantai Pasir Layarkan..?Dulu saya dan ayah pernah pergi sana.Di sana banyak monyet. Tetapi, sarang buaya ni kat sebelah kanan. Pantai pasir layar disebelah kiri.
Sebelum masuk kena bayar tiket...Adik saya Abdurrahman Sudais (Iman) tanya pada ibu kenapa kena bayar. ibu cakap nak pergi bilik air kat Shoping Kompleks tu pun kena bayar. Ni kan lagi nak tengok buaya. Tapi ibu cakap murah sebab ada promosi kottt.. Dewasa cuma 4 ringgit jer. Saya dan Syamil Amzar cuma kena 2 ringgit setiap seorang jer. Iman dan Iyan tak kena bayar tiket sebab kecil lagi.
Mungkin lagi berapa bulan tempat tu baru best. Penjaga tu cakap kalau dah siap betul tempat tu akan dibuka sampai malam.Pastu ada pertunjukkan kott..
Saya cuma tak sampai setengah jam pun berada di situ.Ibu cakap lain kali kita pergi lagi bila tempat tu dah siap betul..kita ajak ayah pula.Kalau nak pergi pun waktu petang jerr...tak panas sangat..kan..kan..
oklah..Jumpa lagi!!
Wassalam.

No comments:

Post a Comment