Jom pegi Sarang Buaya!

Salam....

Ok jom kita pegi sarang buaya!ajak ibu pada saya dan adik-adik.Itu pun selepas adik kadua saya iaitu Syamil Amzar sibuk mengajak ibu setiap hari.Saya pun apa lagi tumpang seronok ler,~hihihihi~



Sarang buaya ni terletak di Tanjung Lngsat Pasir Gudang.Sekejap je sampai dari rumah saya.

Apa ye yang saya nak ceritakan utk kawan-kawan.....Disana,banyak buaya deripada yang kecil sehingga lah yang besar.Yang paling tua,umurnya 10 tahun.Panjangnya kitra-kira 6 meter.Buaya yang kecil kulitnya sangat cantik tetapi sudah nampak garang. Dah namanya pun buaya mestilah garang..ye tak?kawakawan??

Saya bergambar dengan Buaya Tembaga.hehehe..poster buaya tembaga jek.bukan buaya darat tau...


Sarang buaya ini baru dibuka.Pengunjung pun tak ramai lagi.Ok lah tu saya pun tak suka bersesak-sesak.Mungkin ramai orang belum tahu tempat ini sudah di buka.

Nak tahu kawan-kawan?Saya dengan beraninya telah menyentuh seekor buaya~hihihihi~tak percaya?tengoklah gambar dekat bawah ni...


Hehehe...anak buaya lahhh....Tapi..Eeeee... kulitnya keras dan badannya lembik... Sebenarnya saya takut jugak ... hehehe..

Saya rasa dalam masa beberapa bulan yang akan datang tempat ini akan lebih cantik. Yelah..tempat baru.. Banyak yang tak siap lagi.

Sebelum tu kawan2 perlu ambil tahu langkah-langkah keselamatan ketika melawat ke sarang buaya itu.Oklah sampai sini dulu!




Wassalam.

Sukan T@hunan Sekolah Saya.

Salam,

Akhirnya selesai juga hari kesibukkan saya. Selama 2 minggu ini saya memang penat. Setiap hari saya terpaksa turun ke padang sekolah. Pulak tu, padang punyalah berlecak dan benyek. Habislah kasut saya... macam turun di sawah padi.Bukannya saya masuk apa2 acara pun... Saya memang tak berbakat pun.. Masuk acara lompat katak je lahh...hehehe..Selepas tamat waktu sekolah pula, saya terus ke kelas tuisyen. Sebab itu saya penat sangat. Saya mahu update blog saya ini, tapi ibu tidak membenarkan saya. Ibu suruh saya tidur awal setiap hari.



Setiap hari saya tunggu ibu di Musolah (surau sekolah).Selesai tuisyen saya terus ke sini dan solat asar dulu.Ibu datang jemput saya pada pukul 530 petang.


Semalam, hari Sabtu.. Acara kemuncak Sukan tahunan pun di adakan. Saya cuma menyertai acara perbarisan. Saya mewakili perbarisan untuk pasukan rumah saya. rumah Kuning ialah Ali.Pasukan Biru ialah omar.Pasukan Hijau ialah Osman dan merah ialah Abu Bakar. Kami ada lagu semangat untuk pasukan Kuning. Saya suka bersorak dengan lagu ini bersama2 kawan-kawan yang lain. Lagunya ialah seperti ini ...



"Dimana dia anak gajah Dini?
Anak Gajah Dini yang baru punya gading,
Siapa dia juara kali ini?
juara kali ini yang pakai baju kuning.. HOIIII!!!!! "



Setiap hari kena mesti kena pakai baju kuning ni... Itu adik saya Iyan yang comel. Kalau kena pegang dia happy je..hehehe


Kadang-kadang baju saya kena lecak dan kotor. Jadi saya pakai baju apa-apa aje.. Yang pakai baju oren TShirt Muslimah .. itulah saya. Hari tu saya masuk sekolah lambattt...hehehe

Hehehe...seronok tau. kita bersorak ramai-ramai. Oklah itu saja cerita saya untuk kali ini. Jumpa lagi!!!

my name