Sifat Jujur Mengubah Kehidupan''

Pada suatu malam yang sejuk dan sunyi,kelihatan seorang gadis yang baru mencecah usia remaja selesai memerah susu kambing untuk dijual pada keesokannya.Dia tinggal bersama ibunya yang sudah tua.Pada malam itu juga,tanpa disedari oleh mereka,dua orang lelaki sedang mendengar perbualan mereka dua beranak.

Oleh kerana hasil perahan susu pada malam itu kurang berbanding pada hari-hari sebelumnya,ibunya menyarankan supaya dia mencampurkan hasil perahan susu tersebut dengan air.Walaubagaimanapun,anaknya tidak bersetuju kerana khalifah telah melarang para pedagang memalsukan barang-barang jualan.Ibunya tetap brkeras.Namun,kemahuan ibunya tetap juga tidak dituruti.

Kata anaknya,''Walaupun khalifah tidak tahukita berbuat demikian tetapi Allah SWT mengetahuinya.''

Mendengarkan jawapan itu,Khalifah Umar dan sahabatnya Aslam,sanagt terharu.Sebelum mereka berdua beredar,Khalifah Umar menyuruh Aslam menandai rumah tersebut.

Pada keesokan harinya,Aslam pergi ke rumah itu untuk menyiasat.Setelah siasatan dilakukan,Aslam pulang memberitahu Khalifah Umar.Khalifah Umar berasa kagum kerana kemiskinan yang dialami tidak meruntuhkan kejujuran anak gadis itu.Khalifah Umar berhasrat untuk memberikan hadiah kepada gadis tersebut.Aslam mencadangkan supaya dia diberi satu pundi wang emas.Bagaimanapun,Khalifah tidak bersetuju kerana katanya,kejujuran tidak boleh dinilai dengan wang

Setelah berfikir agak lama,Khalifah Umar mengambil keputusan untuk menjodohkan gadis itu dengan anaknya,Ashim.Ashim telah bersetuju danperkahwinan merekapun dilangsungkan.

No comments:

Post a Comment

my name