Lailatulqadar Malam Istimewa

Assalamualaikum kawan-kawan.Kisah al-Quran pada kali ini akan menceritakan tentang malam Lailatulqadar.Lailatulqadar adalah merupakan satu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa fadilatnya.Biasanya,malam Lailatulqadar akan berlaku pada sepuluh akhir Ramadhan dan amalan yang dilakukan pada malam itu adalah lebih bail daripada 1000 bulan.

Sabda Rasullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan keikhlasan akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.'' (Riwayat Bukhari).

Bagaimanapun,malam Lailatulqadar ini tidak dapat diketahui bilaia akan berlaku.Ini menjadi rahsia Allah SWT.Namun,dikatakan malam Lailatulqadar tersebut,biasanya akan berlaku pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.Jika kawan-kawan ingin mencari malam Lailatulqadar,carilah pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadhan iaitu 21,23,25,27 dan 29.Wallahua'alam.

Sabda Rasullah SAW dalam sebuah hadis,"Berjagalah kamu akan Lailatulqadar pada malam yang ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan.''

Kawan-kawan,kehadiran malam Lailatulqadar ditandai dengan tanda yang lain daripada malam-malamsebelumnya.Antara tanda-tandanya ialah,pada malam tersebut,cuaca tidak seju dan tidakjuga panas.Suasana malam itu juga tenang kerana angin tidak bertiup seperti biasa dan awan agak nipis.Selain itu,hujan tidak turun dan bintang juga tidak bercahaya seolah-olah ia tidak timbul.Manakala pada waktu siang pula,matahari akan terbit dalam keadaan yang suram.

Begitulah kawan-kawan,kebesaran Allah SWT yang menjadikan malam Lailatulqadar untuk seluruh umat Ilsam.Marilah kita sama-sama berdoa agar dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar tersebut supaya kita tidak akan terlepas dengan kelebihan-kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.Apabila kawan-kawan dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar tersebut ucaplah:

"Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku,sesungguhnya Engkau suka mengampun dan ampunkanlah dosaku."

No comments:

Post a Comment

my name