Pantun nasihat

Pergi ke pasar dengan bas,
Membawa balik ikan duri;
Jangan menjadi orang yang malas,
Nanti kita juga akan rugi.

Pergi ke muara dengan sampan,
Sampan dikolek mudik ke tanjung;
Hindari sifat kurang sopan,
Nanti hidup tidak disanjung.

Kanak-kanak bermain gasing,
Bermain gasing disenja hari;
Jangan kita terlalu garang,
Nanti tiada kawan yang ramai.

Terang pelita di malam hari,
Cahaya memancar ke sebuah buku;
Membaca buku amalan diri,
Tanpa dia tiadalah ilmu.

No comments:

Post a Comment