Happy Birthday Iyan!!!



Salam

Pada 23/7 adalah hari jadi adik saya.Biasanya hal macam ni, ibu akan update di dalam blog ibu. Tapi, sekarang ni ibu tak ada masa nak mengadap komputer pun...lagilah nak update blog ibu. Kesian ibu... ibu mesti penat sejak akhhir2 ini.

Oklah bercerita pasal hari jadi adik saya yang comel dan paling manja tu...Nama adik saya ialah Muawiyyah Sufyan bin Jais,tetapi nama panggilnya Iyan.Sekarang ni cukuplah umur adik saya 1 tahun.Pada hari tersebut..Saya ingat nak makan kek bersama-sama Iyan tapi budak kecil mana lah tau kek tu apa so,ibu kata tunggu iyan 2 tahun baru boleh beli kek. Sebenarnya ibu tak sempat nak pergi kedai kek untuk membelinya... emmm...Tapi ibu sempat membuat hamper jajan dan memberinya kepada kawan-kawan Iyan di Taska. Sayalah yang tolong ibu packing semua itu.Rajin tak saya??? hehehe...

Oh ye, 2 minggu yg lepas, pada hari Ahad saya balik kampung.Padi hari tu juga Iyan dah tumbuh gigi....dah nak setahun baru tumbuh gigi.Kelakar kan... gigi dia besar dan selalu nak gigit orang...hehehe..Adik saya dah mula berjalan tetapi baru dapat beberapa langkah. Mudah-mudahan dia akan cepat berjalan dengan pantas.

Ok lah,Walaupun agak terlambat...akhir sekali saya nak ucapkan SELAMAT HARI JADI to Iyan.Semoga panjang umur dan murah rezeki. Akak akan sentiasa menjaga Iyan dengan baik dan sayang Iyan selalu

Ok lah...babai!!! Wassalam.

No comments:

Post a Comment